Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata kontroversi sekitar pemulangan Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) tidak patut lagi berpanjangan.

Azmin berkata demikian ketika diminta menegahkan berhubung cop khas untuk naskhah berkaitan bagi mengawal pengedarannya di Selangor.

“Isu ini sudah tamat,” kata Azmin selepas menghadiri jamuan Krismas di gereja Holy Family di Kajang hari ini.

“Jangan buat sebarang provokasi.”

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari merampas naskhah berkaitan sebelum dipulangkan oleh sultan Selangor selepas kontroversi berlarutan hampir setahun.

Turut hadir dalam acara itu ketua biskob Kuala Lumpur paderi Julian Leow Beng Kim dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataannya sekretariat akhbar menteri besar, Azmin berikrar akan mempertahankan hak semua kaum di Selangor dan tidak akan ada ruang untuk kumpulan pelampau agama di negeri itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS