Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Aktivis antarabangsa Myanmar meluahkan rasa terkejut selepas polis Pulau Pinang didakwa tidak bertindak segera terhadap pembunuhan warganegara Myanmar, yang berlaku sejak Januari.

“Ini kerana mereka tidak cekap, lambat bertindak kerana melibatkan pendatang dan pemohon suaka?” soal penyelaras Altsean-Burma Debbie Stothard dalam wawancara bersama Malaysiakini .

“Mereka ini pembunuh dan pembunuh harus dikutuk dan didakwa,” kata Stothard, yang juga setiausaha agung Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Setakat ini, seramai 18 warganegara Myanmar terbunuh dan bahagian badan mereka dikerat. Polis dilaporkan menahan 17 orang bagi membantu siasatan.

Jumaat lalu, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Kampung Pisang, Bukit Mertajam, dipercayai menjadi tempat penyembelihan itu berlaku.

Malaysiakini melawat lokasi kejadian pada Isnin dan mendapati ramai penduduk kampung ketakutan ekoran insiden ngeri di kejiranan mereka itu.

Pihak berkuasa tidak menolak ia kemungkinan bermotif dendam tetapi menafikan ia ekoran konflik agama.

Difahamkan kejadian pembunuhan itu berlaku sejak Januari tahun ini tetapi polis hanya memberikan reaksi umum hanya selepas akhbar mendedahkannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS