Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Exco kerajaan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin disoal siasat oleh polis hari ini berhubung kain rentang yang mengaitkannya dengan majlis makan Parti Komunis Malaya (PKM) bagi mengutip dana.

Disoal siasat selama 30 minit di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai di Bukit Mertajam, Afif sebaliknya menggesa siasatan dijalankan terhadap Ketua Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said kerana didakwanya membuat kenyataan 'rasis' mengenai masyarakat Cina.

Afif (kanan), yang ADUN PKR Seberang Jaya, memberitahu polis bahawa beliau telah membuat laporan menafikan terlibat dalam majlis makan malam kutipan dana itu seperti yang didakwa dalam kain rentang tersebut.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes kain rentang itu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan juga telah menyoal ahli Majlis Perbandaran Seberang Jaya, Amir Ghazali.

Katanya, polis juga bercadang untuk memanggil Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai perkara itu, tetapi tidak bertindak ke atas laporan polis yang dibuat terhadap Mohd Zaidi.

Mohd Zaidi, ketika perhimpunan agung Umno, mendakwa bahawa Pulau Pinang berjaya kerana kegiatan haram seperti pelacuran dan perjudian, yang didakwanya dijalankan oleh orang Cina.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS