Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PERKASA belum pasti sama ada persidangan agung tahunannya pada hari Ahad ini akan membincangkan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata demikian sewaktu ditanya tentang kekesalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir kerana isu itu tidak disentuh di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Saya tak boleh hendak jangka (sama ada isu itu akan disentuh).

"Yang pasti ucapan saya adalah tentang kontrak sosial dan Rukunegara sebagai paksi keamanan negara," katanya

sewaktu ditanya mengenainya.

Dalam sidang medianya petang ini, Ibrahim mengumumkan yang PERKASA turut menjemput kumpulan Laskar Merah Putih dari Indonesia sebagai tetamu pada persidangan agung NGO itu Ahad ini.

Menurut Ibrahim, beliau maklum akan reputasi kumpulan itu sebagai golongan yang kerap berdemo di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta.

Namun, langkah itu membantu dalam mencari "titik pertemuan Indonesia dan Malaysia".

"Kita dapat timbulkan kesedaran di antara Malaysia dan Indonesia supaya tidak ada ketegangan di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Lihat Komen
ADS