Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin kanan PAS tak hadir, DAP kritik hudud

DAP  membuka persidangan tahunannya dengan nada mengkritik usaha untuk memperkenal undang-undang berasaskan agama di negara ini, ketika tiada wakil kanan PAS hadir dalam acara itu.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam ucapan pembukaannya di Subang berkata, mutakhir ini terdapat lebih banyak pihak cuba memperkenal undang-undang itu yang menurutnya tidak harus berlaku dalam negara berbilang bangsa dan agama.

Tan tidak menyebut secara khusus berhubung rancangan hudud PAS tetapi menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Tiada pemimpin kanan PAS hadir dalam acara di Subang itu dan parti Islam itu hanya menghantar anggota jawatankuasa pusatnya Hatta Ramli.

Ini berbeza dengan PKR yang diwakili oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalan beliau Azmin Ali, yang juga menteri besar Selangor.

Semalam, Dewan Ulama PAS sekali lagi menegaskan komitmen melaksanakan undang-undang  jenayah Islam dan bertekad memulakannya di Kelantan setelah mendapat sokongan lebih 80 peratus pengundi.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan itu Datuk Mahfodz Mohamed ( kanan ) berkata ia kewajipan umat Islam yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya serta termaktub dalam perlembagaan parti.

Sambil menegaskan 70 peratus masyarakat Islam menyokong hudud, beliau mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak mencampuri  urusan agama Islam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS