Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, perbahasan dalam persidangan tahunan parti itu hari ini menunjukkan bahawa pemimpin mereka daripada sekolah vernakular dapat berbahasa Melayu lebih baik berbanding Umno.

Katanya, parti itu hari ini menggalakkan ucapan menggunakan bahasa Melayu dan ramai menyahutnya.

“Umno kata budak Tionghua, India di SJKC, SJKC tak boleh bahasa Melayu, tak fasih.

“Ramai perwakilan hari ini dari SJKC dan SJKT tetapi bahasa Melayu mereka lebih fasih (daripada Umno).

“(Perwakilan) Wong Ka Woh (contohnya) daripada sekolah rendah Cina tetapi BM dia lebih bijak,” katanya.

Loke dalam ucapan penggulungannya berkata, DAP hari ini menggalakkan perwakilan menggunakan bahasa kebangsaan.

Beliau mengakui DAP digelar 'chauvanis' Cina kerana menggunakan bahasa Mandarin dalam mesyuarat tahunan sebelum ini.

Sementara itu, Loke juga berkata, terdapat anggota veteran dalam parti itu yang berumur lebih daripada 80 tahun mengadu tidak faham “90 peratus” ucapan hari ini.

Justeru pada masa akan datang, kata Loke, mereka akan memberikan bantuan penterjemahan untuk golongan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS