Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Azmin Ali berkata, beliau telah menasihatkan pihak pengurusan baru Perbadanan Menteri Besar (MBI) merujuk kepada penasihat undang-undang negeri berhubung isu bayaran pampasan kontroversi RM2.6 juta kepada bekas staf menteri besar sebelum ini.

"Itu sedang dirujuk kepada penasihat undang-undang siapakah yang perlu diambil tindakan," katanya. 

Azmin berkata, dalam pertemuan dengan pihak pengurusan MBI pagi tadi, beliau juga mencadangkan supaya beberapa tindakan turut diambil.

"Tindakan perlu diambil kerana beberapa perkara itu memang tidak dipatuhi," kata Azmin ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Azmin berkata sebarang tindakan perlu ditentukan oleh penasihat undang-undang.

"Itu (tindakan) biarlah mereka berbincang dengan penasihat undang-undang," kata Azmin.

Ditanya siapakah yang akan dikenakan tindakan, Azmin hanya berkata: "Itu kena bincang dengan penasihat undang-undang".

Ditanya sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dipanggil untuk disiasat, Azmin berkata perkara itu kini sedang dirujuk kepada penasihat undang-undang.

Sebelum ini, lapan pegawai Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta. 

 
Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar. 
 
Bagaimanapun, laporan audit yang dibentangkan di DUN Selagor pada 3 Disember lalu mendapati, berlaku kesalahan dari segi tatacara dan prosedur pembayaran pampasan itu. 

Lihat Komen
ADS