Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wawancara 'Allah': CIJ selar denda RM10K
Diterbitkan:  Dec 17, 2014 12:26 PM
Dikemaskini: 4:43 AM

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menyelar tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendenda BFM sebanyak RM10,000 kerana menyiarkan wawancara berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Pemantau kebebasan akhbar itu menggesa SKMM patuh kepada perlembagaan dan piawai kebebasan bersuara antarabangsa.

“SKMM patut menyemak kembali syarat lesen terhadap wartawan penyiaran dan memansuhkan keperluan kelulusan awal kandungan yang terlalu luas dan menjadi keperluan membenankan pada wartawan penyiaran,” kata CIJ.

Dalam kenyataannya hari ini, CIJ juga menggesa denda itu dibatalkan kerana merasakan keputusan itu terkhilaf.

Stesen radio perniagaan BFM sebelum ini menyiarkan wawancara dengan sarjana Islam Reza Aslan yang kritikal terhadap pendirian kerajaan melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Wawancara itu dijalankan pada 21 Oktober 2013.

Aslan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu bahawa perkataan Allah eksklusif untuk umat Islam.

Wartawan penyiaran BFM Sharaad Kuttan berkata mereka dihukum kerana “memperkaya budaya awam”.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS