Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

BFM didenda RM10,000 kerana tidak tidak mendapatkan kebenaran pihak berkuasa agama sebelum mengudarakan wawancara dengan sarjana Islam Reza Aslan yang menyokong penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam.

Pengarah urusan stesen radio perniagaan itu Malek Ali berkata mereka menerima surat denda itu pada 9 Disember menjelaskan alasan denda oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menurut penjelasan itu, BFM melanggar lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) yang menyatakan semua program berkaitan Islam mesti diluluskan oleh pihak berkuasa agama sebelum disiasat.

Dalam wawancara pada 21 Oktober itu, Reza, seorang penulis Amerika Syarikat, berkata dunia mengetawakan Malaysia selepas Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah untuk kegunaan orang Islam sahaja.

BFM belum memutuskan tindakan lanjut ekoran denda itu.

Laporan polis esok

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, beberapa NGO Melayu dijadual membuat laporan polis terhadap BFM berhubung isu itu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, pagi esok.

"Kami menzahirkan rasa kecewa dan terkilan apabila itu yang diutarakan dan dibincangkan bersama pendengar kerana ia boleh menimbulkan perpecahan kaum," menurut maklumat media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

PPIM berkata mereka menerima banyak aduan daripada pendengar BFM berhubung isu itu.

Selain PPIM, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) antara yang akan turut serta.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS