Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'kini web paling dicari pada 2014
Diterbitkan:  Dec 17, 2014 2:59 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Malaysiakini muncul sebagai laman web paling dicari di negara ini dalam senarai sepuluh tertinggi Google Trends yang dikeluarkan baru-baru ini.

Portal berita itu berada di depan Berita Harian, Kosmo!, Sinar Harian dan Harian Metro bawah kategori laman web berita.

Topik paling banyak dicari pula berkaitan tragedi MH370, diikuti Piala Dunia 2014 dan tragedi MH17.

Berkaitan Piala Dunia, perlawanan paling dicari berkaitan Brazil menentang Jerman, yang menyaksikan kekalahan mengejut dan memalukan 1-7 pasukan tuan rumah.

Manakala bekas pengerusi DAP Karpal Singh, yang meninggal dunia awal tahun ini akibat kemalangan jalan raya di Perak, menjadi individu paling banyak dicari pada 2014.

Ini diikuti oleh pelakon komedi Robin Williams yang membunuh diri pada Ogos lalu di samping Jennifer Lawrence, pelakon utama dalam filem The Hunger Games .

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS