Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masyarakat berbelah bagi isu 'tamat nyawa' sendiri

Masyarakat awam berbeza pendapat berhubung langkah menamatkan nyawa seseorang atau eutanasia bagi pesakit yang menanggung penderitaan tidak dapat disembuhkan.

Walaupun ada yang melihatnya berperi kemanusiaan bagi menamatkan penderitaan, terdapat juga yang berhujah bahawa ia salah secara moral dan agama.

Eutanasia merujuk kepada perbuatan menamatkan hayat seseorang yang menanggung kesengsaraan akibat penyakit tidak dapat disembuhkan.

Tindakan itu dilakukan atas rasa belas kasihan supaya pesakit tidak mengalami azab berpanjangan.

Perbincangan berkaitan perkara itu menjadi rancak selepas warga Amerika Syarikat Britany Maynard, 29, menamatkan hayatnya pada 1 November melalui dos maut ubat barbiturat, selepas menderita barah otak tahap akhir.

Terdapat hujah bahawa pilihan eutanasia patut diberikan kepada pihak yang menghidap tahap terakhir penyakit maut.

“Jika sakit mereka sebabkan kesakitan teruk, saya fikir berperikemanusiaan menggunakan eutanasia bagi menamatkan penderitaan mereka,” kata seorang pelajar Tan Wei Jian.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS