Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR dibidas enggan jumpa JK wakil P Pinang
Diterbitkan:  Dec 17, 2014 4:57 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

Keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bekerjasama dengan jawatankuasa wakil kerajaan Pulau Pinang berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, menjejaskan kredibilitinya sendiri.

Jawatankuasa itu dianggotai Ahlli Parlimen (MP) PAS Parit Buntar (kiri), Ng Wei Aik (MP DAP-Tanjong) dan Sim Tze Tzin (MP PKR-Bayan Baru), berkata, dengan keseluruhan proses persempadanan semula itu diselubungi rahsia, keengganan SPR itu hanya memburukkan lagi keadaan.

"Mereka menolak untuk menemui kami. Kami amat kecewa kerana SPR menolak bulat-bulat (untuk membincangkan persempadanan semula dengan) wakil rasmi kerajaan negeri," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Sehingga hari ini, tambahnya, keseluruhan proses persempadanan semula itu diselubungi rahsia, tanpa perundingan sepatutnya dengan pihak-pihak berkepentingan.

Keengganan SPR untuk memenuhi wakil rasmi kerajaan negeri telah menjejaskan kredibiliti sendiri, kata Mujahid, Ng (kiri) dan Sim.

Mereka telah menghantar surat kepada SPR, bagi pihak kerajaan negeri pada 25 November, dengan harapan untuk melibatkan diri dengan SPR dalam semangat bekerjasama yang positif.

Walaupun kecewa kerana cadangan mereka untuk mengadakan satu pertemuan bagi membincangkan persempadanan semula di Pulau Pinang, telah ditolak bulat-bulat, namun tiga MP itu berkata mereka akan menghantar satu lagi surat Januari ini.

"Walaupun ditolak, kami tetap berpegang pada prinsip penglibatan positif dan akan terus berusaha untuk berjumpa dengan SPR," kata mereka.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS