Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Rahim Din memutuskan kembali menyertai kumpulan 25 'Melayu ternama'.

Maklumat ini diperoleh daripada kumpulan pesanan teks seorang lagi anggotanya Noor Farida Ariffi, yang dilihat Malaysiakini .

"Kumpulan 25 ini ingin umumkan bahawa Tan Sri Rahim Din tidak menarik balik sokongan daripada kumpulan ini dan kembali menyertainya selepas 'sabatikal ringkas'.

"Beliau ingin tegaskan bahawa beliau menyokong surat terbuka itu dan semua isi dalamnya," pesanan itu dipetik.

Siang tadi Malaysiakini melaporkan Rahim sebagai menarik diri daripada kumpulan 25 'Melayu ternama' selepas kecewa dengan hala tuju yang diambil pihak itu.

Dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini petang ini, seorang anggota kumpulan itu Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar mengesahkan perkara itu.

"Ya, ia benar (menarik diri)," katanya yang juga bekas ketua setiausaha kementerian luar.

Bagaimanapun, Ahmad Kamil (kanan) berkata terdapat beberapa lagi 'Melayu ternama' yang berminat untuk menyertai kumpulan itu.

"Kami ada beberapa orang lagi yang menunjukkan mnat untuk menyertai G25," katanya.

Sebelum itu, menantu Abdul Rahim, Azmi Arshad menulis dalam laman Facebooknya bahawa Abdul Rahim menghantar surat pendek kepada ahli kumpulan tersebut memaklumkan keputusan itu.

"Saya tidak mahu terlibat dalam kumpulan yang membahaskan isu-isu di luar bidang kuasa panel pakar untuk dibentuk oleh PM, jika pernah ia dibentuk," surat itu dipetik.

Kumpulan 25 Melayu itu sebelum ini tampil dengan seruan kesederhanaan di samping mengkritik NGO lantang Melayu seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Mereka juga menyuarakan kebimbangan jika ekstrimis dan fanatik agama tidak dipantau di negara ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS