Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undurlah PM jika sayang BN, kata Syed Rosli
Diterbitkan:  Dec 17, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

Suara tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, sehingga sokongan Melayu pada Umno melemah, mencetuskan hasrat akar umbi parti itu mendesak beliau berundur.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, anggota cawangan itu menganggap Najib "liabitliti teramat besar" kepada BN, selain kelemahan sokongan Cina dan India.

Calon ketua Pemuda Umno pada pemilihan lalu itu berkata akar umbi merasakan khidmat Najib "tidak diperlukan" dan "lebih baik berundur secara terhormat" sebelum pilihan raya umum ke-14 demi memberi nafas baru kepada Umno.

"Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya Syed Rosli dalam surat terbukanya kepada presiden Umno itu.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Datuk Seri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur," katanya lagi.

Bagaimanapun Syed Rosli yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan enggan menjelaskan lebih terperinci desakannya itu kerana bimbang disaman oleh Najib.

"(Tetapi) bantulah kami supaya menjadi kuat semula dengan Datuk Seri berhenti," katanya.

Kritikan terbuka terhadap pentadbiran Najib semakin jelas sebelum ini apabila pelbagai pihak termasuk mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai firma pelaburan negara 1MDB.

Selain itu, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman turut mengkritik Najib supaya tidak menipu rakyat dan menjelaskan perkara sebenar isu-isu yang berbangkit dalam negara.

NGO pendesak Melayu PERKASA turut mendesak Najib supaya mengurangkan lawatannya keluar negara, menumpukan perhatian kepada pentadbirannya atau berdepan kehilangan jawatan.

Lihat Komen
ADS