Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kritikan oleh PERKASA berpunca daripada sikap cemburu NGO pro-Melayu itu pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Walhal, PERKASA tidak layak untuk mempersoalkan kunjungan Najib ke luar negara kerana perdana menteri itu dipilih untuk berkhidmat untuk negara.

“Saya tidak fikir mereka layak untuk menasihat perdana menteri. Saya fikir mereka cemburu apabila lihat perdana menteri pergi ke luar negara.

“Tetapi (Najib) ke luar negara bukan untuk melancong tetapi untuk bekerja. Saya tahu dia bekerja,” kata Nazri.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam perhimpunan agung pertubuhan tersebut pada hujung minggu lalu menuntut Najib untuk mengurangkan kunjungan ke luar negara.

Ibrahim juga memberi amaran bahawa Najib mungkin gagal mengekalkan kuasa sekiranya tidak menumpukan pada isu tempatan.

Terdahulu, perdana menteri menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-ROK di Busan.

Nazri juga menyarankan agar PERKASA bermuhasabah sebelum melancarkan kritikan pada Najib.

Dengan sinis, beliau turut menawarkan untuk “membelikan” cermin agar NGO itu dapat “mencerminkan diri”.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS