Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PPP: Dakwa Ambiga, semai kebencian hari Natal
Diterbitkan:  Dec 18, 2014 11:55 AM
Dikemaskini: 7:00 AM

Pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) mahukan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa di mahkamah kerana menggesa pihak berkuasa berhenti mengganggu orang Kristian di Malaysia.

Naib Presiden PPP Datuk A Chandrakumanan berkata, kenyataan Ambiga itu menanam kebencian terhadap kerajaan menjelang Hari Natal tidak lama lagi.

“Saya cadangkan Ambiga disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan ketidakharmonian, perpecahan dan kebencian di kalangan rakyat dengan niat jahat,” kata Chandrakumanan ( kiri ).

Dalam kenyataannya hari ini, Chandrakumanan mendakwa kenyataan itu dibuat dengan sedar bahawa ia boleh mencetuskan ketegangan dan menunjukkan Ambiga tidak peduli dengan keadaan negara ini dan rakyatnya.

“Kenyataan jenis ini menimbulkan kemarahan dan memberikan imej negatif kepada kerajaan, menjadikannya seolah-olah pihak berkuasa sengaja bertindak terhadap orang Kristian.

“Perkara ini tidak masuk akal dan tidak boleh diterima,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS