Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 31 keluarga Bidayuh berjaya dalam pergelutan tujuh tahun di mahkamah melawan pihak berkuasa yang mengambil alih tanah adat mereka untuk membina empangan Bengoh, Kuching.

Mahkamah Tinggi di Kuching pagi ini mengarahkan pembayaran pampasan keseluruhan RM2.14 juta kepada 54 individu dalam kes itu.

“Ini bukan sahaja kejayaan manis pada kami, tetapi juga hadiah manis Hari Natal.

“Kami sembelih babi untuk raikan kejayaan kami selepas perjuangan sengit,” kata ketua kampung di kawasan itu Simo Sekam.

Penduduk itu tinggal di Kampung Bojong dan Kampung Rejoi dan mendakwa nenek moyang mereka sudah tinggal di situ lebih 160 tahun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS