Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beberapa NGO Melayu hari ini membuat laporan polis terhadap BFM dan menggesa stesen radio perniagaan dan wartawan penyiarannya disiasat bawah Akta Hasutan 1948.

Diketuai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), mereka berkata BFM melampaui batas dalam wawancaranya yang membincangkan isu penggunaan kalimah Allah, tudung dan amalan korban.

Bercakap di luar ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, Naib Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya mengaitkan perkara itu dengan strategi golongan “liberal” yang didakwanya bertujuan memecah belah keharmonian.

Katanya, walaupun mahkamah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam, masih terdapat kumpulan yang cuba “mencabar kedaulatan” Islam.

Kumpulan itu berkata mereka telah mendengar wawancara kontroversi itu selepas menerima beberapa aduan.

BFM didenda RM10,000 kerana menyiarkan temu bual mengenai isu kalimah 'Allah' dengan sarjana Islam Iran-Amerika, Reza Aslan pada 21 Oktober tahun lepas.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan BFM melanggar syarat perlesenan dan tidak mematuhi kod kandungan.

Suruhanjaya itu memberikan alasan, iaitu kandungannya terkeluar skop memandangkan BFM berasaskan perniagaan dan rakaman itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Reza seorang sarjana yang kritikal terhadap pendirian kerajaan melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Wartawan penyiaran BFM Sharaad Kuttan berkata mereka dihukum kerana “memperkaya budaya awam”.

Tindakan ke atas BFM itu mengundang kritikan pemantau kebebasan akhbar Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) kerana tidak patuh kepada perlembagaan dan piawai kebebasan bersuara antarabangsa.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS