Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Inanam beritahu PKR mahu berhenti
Diterbitkan:  Dec 18, 2014 2:23 PM
Dikemaskini: 9:24 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Roland Chia sudah memberitahu PKR hasratnya untuk berhenti sebagai wakil rakyat, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, Chia juga memaklumkan bahawa keadaan kesihatannya serius dan oleh itu beliau mahu berhenti.

“Kami menasihatkan beliau membincangkan perkara itu dengan pemimpin parti apabila beliau pulang dari luar negeri hujung tahun ini.

“Sehingga itu, status quo di kerusi itu kekal,” Rafizi.

Semalam, khabar angin tersebar bahawa Chia akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Jika berlaku, sebuah pilihan raya kecil akan dapat disaksikan di negeri di bawah bayu itu.

Chia di Facebook menulis bahawa beliau akan meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan dan berterima kasih kepada pengundi Inanam atas sokongan selama 17 bulan menjadi wakil mereka.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin semalam dilaporkan berkata, pemeriksaan dengan speaker mendapati tiada peletakan jawatan dibuat setakat semalam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS