Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mempunyai “pelan tindakan” berhubung kenyataan ketua menteri Pulau Pinang bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di negeri itu.

Rancangan itu muncul selepas notis pemberitahuan media diedarkan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Danag Wangi, Kuala Lumpur pagi ini selepas mereka menyertai beberapa NGO membuat laporan terhadap radio BFM, berkaitan isu hampir sama.

Pekida akan membuat laporan polis berhubung kenyataan Lim Guan Eng pada 23 Disember, di IPD sama sebelum mendedahkan “pelan tindakan” mereka dalam sidang media selepas itu.

Sebelum itu, Ketua Penerangan Pekida Syahrir Abdul Aziz menyifatkan kenyataan Lim sebagai “tidak hormat”.

Presiden Pekida Jamaludin Yusof dijadual mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis pada Selasa depan.

Pekida sebuah NGO yang rapat dengan Umno. Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi penaungnya.

Terdapat pihak mengaitkan NGO itu dengan aktiviti samseng, tetapi perkara itu dinafikan mereka.

Sebaliknya, jelas mereka, aktiviti itu didakwa dilakukan kumpulan serpihannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS