Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Profesor Negara (MPN) perlu memahami masalah praktikal yang dihadapi majikan sebelum mengeluarkan kenyataan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Mereka (MPN) harus (memahami masalah) praktikal yang hadapi oleh majikan-majikan.

“Tanpa pekerja asing, industri pembinaan, perladangan dan industri lain akan lumpuh,” katanya.

Sebelum ini Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Azizah Kassim berkata Program pemutihan '6P' yang dilaksanakan kerajaan tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menggalakkan kemasukan pekerja asing.

Zahid menolak kenyataan ahli akademik itu dengan berkata bahawa warga asing yang masuk semula ke Malaysia perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Dalam kita memerlukan pekerja asing, mereka harus mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh negara (selepas masuk semula ke Malaysia).

“Mereka (pendatang asing) harus miliki dokumen, mereka harus mempunyai ketaatan kepada negara asal, tetapi mematuhi peraturan Malaysia,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Zahid lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah bersetuju supaya kebajikan pekerja asing itu diambil berat oleh pihak majikan.

“Soal keselamatan mereka juga harus diambil peduli,” tambahnya.

Zahid yang mempengerusikan mesyuarat bersama Menteri Tenaga Kerja Indonesia, M Hanif Dhakiri (kanan), mencapai kata putus untuk melanjutkan proses penghantaran semula pekerja asing sehingga 31 Disember ini.

Pendatang asing yang menyerah diri akan dikenakan kompaun RM300 tetapi tidak akan didakwa. Sehingga kini, seramai 36,279 warganegara Indonesia secara sukarela bersetuju untuk dihantar pulang.

Lihat Komen
ADS