Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan jika Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) berniat untuk mengancam beliau atas kenyataannya berhubung penggunaan kalimah “Allah” di kalangan bukan Islam.

Beliau merujuk kepada kenyataan NGO pro-Melayu itu yang merancang satu “pelan tindakan” ke atasnya.

“(Disebabkan kenyataan) itu muncul dari organisasi yang menarik ini, adakah pelan tindakannya itu satu ancaman? Orang akan tertanya-tanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Pekida membuat kenyataan itu selepas membuat laporan polis ke atas stesen radio BFM bersama kumpulan NGO Islam lain hari ini.

NGO berkenaan akan membuat laporan polis pada 23 Disember atas kenyataan Lim, dan akan mendedahkan “pelan tindakan” tersebut dalam satu sidang media selepas itu.

Mengulas perkara itu, Lim berkata sesiapa saja berhak untuk membuat laporan polis namun menegaskan bahawa ia perlu dijalankan secara aman.

Katanya, pertubuhan seperti Pekida juga sepatutnya mensasarkan MCA kerana meminta kerajaan negeri memansuhkan peruntukan yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah “Allah”.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan memansuhkan Seksyen 5 Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang kerana tidak tertakluk kepada orang bukan Islam.

"Umno sepatutnya mengutuk dan membuat laporan polis ke atas MCA kerana menuntut agar Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dimansuhkan,” katanya.

“Ini adalah campur tangan yang besar ke dalam hal ehwal Islam oleh MCA kerana memansuhkan Enakmen itu juga bermaksud memansuhkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS