Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
26 laluan ditutup di K'tan
Diterbitkan:  Dec 18, 2014 10:33 PM
Dikemaskini: 2:34 PM

Sebanyak 26 laluan di lapan jajahan di Kelantan masih ditutup akibat banjir.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, 16 laluan ditutup kepada semua kenderaan manakala 12 laluan hanya ditutup kepada kenderaan ringan.

Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan membabitkan empat laluan di Kuala Krai melibatkan Km4 Jalan Sungai Durian dan Km2 Jalan Bukit Sireh dan tiga laluan di Machang iaitu di Km8 Jalan Machang-Pangkal Meleret, Km7 Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa dan Km6 Jalan Kubor China-Temangan.

Di Pasir Mas, membabitkan lapan laluan iaitu Km12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Km7.5 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Km3 Jalan Pengkalan Rakit, Km11 Jalan Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Km12 Jalan Lubok Jong-Tanah Merah (Jegor), Km23 Jalan Banggol Kulim, Km25 Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang dan KM10 Jalan Pohon Tanjung-Meranti.

Di Pasir Puteh pula di Km45 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.

Sementara itu, 12 laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Km10 Jalan Pangkal Gong-Kemubu, Machang dan Km3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat.

Di Kota Bharu membabitkan Km6 Jalan Kubang Kerian-Bachok dan Km4 Jalan Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan.

Di Pasir Puteh, tiga laluan terlibat iaitu di Km75 Jalan Pasir Puteh-Gong Kelih, Km3.5 Jalan Pasir Puteh-Semerak dan Km29 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.

Di Pasir Mas juga melibatkan tiga laluan di Km5 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas, Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas di Kampung Manan, dan Km4 Jalan Pasir Mas-Meranti manakala di Tanah Merah di Km1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.

- Bernama

Lihat Komen
ADS