Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 1,000 dipindahkan di Pahang
Diterbitkan:  Dec 18, 2014 10:35 PM
Dikemaskini: 2:38 PM

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,038 orang daripada 255 keluarga sehingga 9.30 malam ini berbanding 831 orang daripada 200 keluarga pada sebelah petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata penambahan bilangan mangsa dicatat di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan kepada 690 orang daripada 182 keluarga.

"Empat lagi pusat pemindahan yang beroperasi tidak menunjukkan peningkatan jumlah mangsa iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Samad seramai 252 mangsa daripada 46 keluarga dari Taman Tas Jaya.

"Manakala Dewan Orang Ramai Seri Damai (47 mangsa daripada 15 keluarga) dari Kampung Seri Damai, SK Kempadang (37 mangsa daripada 9 keluarga) dari PPRT Kempadang dan SMK Gudang Rasau (12 mangsa daripada 3 keluarga) dari Kampung Gudang Rasau," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dua laluan utama di Kilometer 22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing dan Kilometer 34 Jalan Kuantan-Maran masih ditutup kepada semua kenderaan ringan setelah dinaiki air sedalam 0.65 meter.

Sementara itu laman web Jabatan Parit dan Saliran mencatatkan paras air Sungai Kuantan berhampiran Kuantan Bypass meningkat kepada 3.87 meter melepasi paras bahaya 3.5 meter.

Manakala Sungai Pahang di Sungai Yap serta Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan dan Sungai Pahang di Pekan, masing-masing bertahan pada paras waspada.

- Bernama

Lihat Komen
ADS