Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibu cemas, anak terkunci dalam kereta
Diterbitkan:  Dec 19, 2014 8:00 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

Seorang ibu menghadapi saat cemas apabila anak perempuannya berumur dua tahun setengah terkunci di dalam keretanya di Taman Senawang Indah dekat Seremban malam tadi.

Kejadian itu berlaku pada 7.31 malam semasa ibu muda berusia 20-an itu meninggalkan anaknya itu di dalam kereta untuk seketika bagi mengambil seorang lagi anaknya di rumah pengasuh.

    

"Dia kemudian masuk semula ke dalam rumah pengasuh berkenaan untuk mengambil seorang lagi anaknya mengakibatkan kanak-kanak itu menutup sendiri pintu kereta lalu terkunci secara automatik," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Ariffin Isa.

    

Seramai enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan kanak-kanak itu lima minit kemudian, katanya ketika dihubungi Bernama.

    

Beliau menasihatkan ibu bapa agar tidak sesekali meninggalkan anak di dalam kenderaan walaupun dalam tempoh yang singkat bagi mengelak tidak diingini berlaku.

- Bernama

Lihat Komen
ADS