Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pakatan jangan hilang fokus masalah negara'
Diterbitkan:  Dec 19, 2014 11:21 AM
Dikemaskini: 4:53 AM

Pemimpin Pakatan Rakyat perlu merapatkan barisan dan tidak mengalihkan perhatian daripada masalah utama di negara ini seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) skandal dan ringgit yang jatuh, kata MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof

"Sejak akhir-akhir ini negara kita disogokkan dengan isu-isu yang mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang membengkak dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara," kata Dr Mujahid yang mengetuai kumpulan Gerakan Anti Perkauman (GAP).

Turut bersama dalam GAP bagi menyokong tuntutan itu, MP DAP Serdang Dr Ong Kian Ming dan MP Kluang Liew Chin Tong.

Dalam kenyataan media bersama sembilan pemimpin Pakatan dan aktivis GAP, Dr Mujahid berkata Pakatan Rakyat harus fokus dan tidak terheret dengan isu yang mengalih perhatian untuk menyelamatkan kegawatan kewangan negara.

"Parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang membawa aspirasi untuk membuat perubahan politik harus fokus kepada janji mereka dalam manifesto bagi meneruskan amanah undi yang diberikan," kenyataan media mereka dipetik.

Pada masa yang sama juga, GAP turut menggesa pemimpin politik dari pelbagai parti harus duduk berbincang cara menyelamatkan keadaan kewangan negara demi kesejahteraan rakyat.

"Tiba masanya rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik kesedaran hati naluri dan politik budiman untuk kita tumpukan kepada membina negara dan menyelamatkan kegawatan kewangan negara.

"Parti yang memerintah seharusnya bersedia untuk ambil langkah praktikal bagi membuka ruang pendemokrasian dan berhenti mengugut rakyat dengan isu perkauman dan agama sebagai menutup kelemahan dan kebobrokan mereka," kata mereka.

Lihat Komen
ADS