Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah mangsa banjir K'tan berkurangan
Diterbitkan:  Dec 19, 2014 8:45 PM
Dikemaskini: 12:46 PM

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan daripada 14,706 orang pada tengah hari, kepada 14,067 orang setakat 3 petang ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa kini ditempatkan di 84 pusat pemindahan di lapan jajahan iaitu Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok berbanding 99 pusat pemindahan pada tengah hari.

Di Pasir Mas, jumlah mangsa banjir kekal 7,548 orang dan kesemua mereka kini ditempatkan di 31 pusat pemindahan (berbanding 32 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya di Masjid Chasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong.

Jumlah mangsa di Kuala Krai juga kekal 2,459 orang dan kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan, antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Sungai Embak dan SM Teknik Kuala Krai.

Dalam jajahan Tanah Merah, jumlah mangsa berkurangan daripada 775 orang pada tengah hari kepada 729 orang, dan semua mangsa ditempatkan di 14 pusat pemindahan (15 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar.

Di Machang, jumlah mangsa menurun daripada 1,301 orang pada tengah hari  kepada 362 orang dan semua mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan (21 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya di Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1.

Jumlah mangsa di Kota Bharu pula meningkat daripada 1,399 orang pada tengah hari kepada 1,431 orang petang ini dan kesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan (jumlah pusat pemindahan kekal), antaranya di SK Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan SMK Melor.

Dalam jajahan Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 619 orang dan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan (jumlah pusat pemindahan kekal) iaitu SK Wakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I, manakala dalam jajahan Bachok, jumlah mangsa juga kekal 60 orang yang kini ditempatkan di SK Pak Badol.

Di jajahan Tumpat, jumlah mangsa meningkat kepada 859 orang berbanding 545 orang pada tengah hari dan mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di SK Kebakat, SK Pengkalan Kubor 1 dan SK Kok Keli.

Setakat 3 petang, paras air di empat sungai walaupun menurun, masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.43 meter (paras bahaya 9.00 meter).

Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.12 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.09 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah mencatatkan bacaan 16.82 meter (paras bahaya 16.00 meter).

Keadaan cuaca dilaporkan mendung.

- Bernama

Lihat Komen
ADS