Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tan Sri Ani Arope, 83, meninggal dunia pada jam 5.20 pagi ini ketika menjalani rawatan di Sime Darby Ramsay Medical Centre di Subang Jaya.

Bekas ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) itu bertarung melawan kanser prostat sejak dua tahun lalu.

Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di Balai Islam TNB, Jalan Bangsar untuk penghormatan terakhir anggota keluargam sahabat handai dan orang ramai bermula jam 11 pagi ini.

Jenazahnya selamat disemadikan pada kira-kira jam 3.30 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Anak kelahiran Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang itu meninggalkan seorang isteri Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak selain anak angkat.

Ani dikenali kerana berpegang pada pendiriannya pada 1996 dan meletak jawatan dalam TNB kerana enggan menandatangani perjanjian kontroversi dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) yang dikawal oleh kroni kepada perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laman Facebook Allahyarham juga dibanjiri ucapan takziah kepada keluarganya sejak pagi ini.

Buku memoir Allahyarham diterbitkan pada tahun lalu.

Ani merupakan pengerusi TNB antara 1990 hingga 1992 dan pengerusi eksekutif antara 1992 to 1996.

Allahyarham ketika hayatnya pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional, Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd dan Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia.

Arwah merupakan Timbalan Pengarah pertama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dari 1969-1972.

Selain itu, Allahyarham pernah menjadi Pengerusi Majlis Institut Teknologi Mara dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Malaysia dan Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS