Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih belum membaca surat terbuka oleh “25 Melayu ternama” yang disarankan oleh anaknya, Datuk Marina.

“Saya belum membaca surat itu lagi. Ia tidak dilaporkan dalam akhbar.

“Saya tidak tahu siapa di belakangnya dan apakah kandungan (surat itu),” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa beliau mungkin terlibat mendalangi kumpulan “25 Melayu ternama” itu, Mahathir berkata: “Semua orang menuduh saya mengenai semua perkara”.

Beliau sebelum itu menghadiri satu konvensyen kepimpinan pemuda Melayu Nusantara.

Marina semalam menyatakan harapan agar bapanya itu akan menyokong surat terbuka oleh kumpulan tersebut.

Dalam surat kepada perdana menteri itu, 25 orang tokoh dan bekas pegawai tinggi kerajaan itu, yang digelar 'Melayu ternama' itu menuntut agar perdana menteri mengeluarkan kenyataan yang menentang ekstremisme.

Kebanyakan daripada anggota kumpulan tersebut merupakan pegawai tinggi kerajaan yang berkhidmat semasa pentadbiran Mahathir.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS