Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam kesal dengan keputusan kes Indira
Diterbitkan:  Dec 20, 2014 3:50 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Majlis Peguam Malaysia kesal dengan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan dalam kes M Indira Gandhi yang menarik balik perintah mandamus terhadap polis untuk menangkap bekas suami wanita itu dan mendapatkan semula anak perempuannya.

 

Naib Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru mempersoalkan sama ada bailif mahkamah mampu mencari anak Indira itu.

Steven berkata, keputusan itu akan menyebabkan pentadbiran keadilan menjadi celaru dan tidak berwibawa jika pematuhan arahan mahkamah bergantung kepada keinginan pihak yang dikenakan arahan.

"Arahan dalam kes ini tidak memperuntukkan ruang budi bicara, oleh itu pematuhan oleh polis adalah mandatori.

"Sesuatu perintah mandamus adalah wajar bagi menguatkuasakan perintah mandatori mahkamah.

 

"Adalah tidak realistik untuk mengharapkan bailif mahkamah mengesan bekas suami dan anaknya itu.

 

"(Bailif) tidak mempunyai sumber dan maklumat yang diperlukan seperti yang dipunyai polis,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS