Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam menggesa Hospital Assunta memberikan laporan perubatan penuh kepada ibu bapa G Tinasha, remaja yang meninggal dunia ketika dirawat di hospital itu November lalu.

"Itu hak mereka," tegasnya yang menambah bahawa penyediaan laporan terperinci mengenai kejadian seperti itu adalah prosedur biasa.

 

Ibu bapa Tinasha menyalahkan pihak hospital swasta itu dengan mendakwa kematian remaja berusia 14 tahun itu akibat kecuaian kakitangan perubatan hospital itu.

 

Mereka juga mendakwa pihak hospital enggan menyerahkan laporan perubatan anak mereka atas alasan "diserang pihak media".

 

Walau bagaimanapun, hospital yang berpangkalan di Petaling Jaya itu telah menafikan dakwaan tersebut.

 

Subramaniam berkata beliau sudah mengarahkan Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) untuk menyiasat kes itu dan sedang menunggu laporan mereka.

 

"Saya telah mengarahkan UKAPS memanggil pihak Hospital Assunta dan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk melihat sama ada terdapat terdapat kesilapan dalam cara mereka mengendalikan kes itu.

 

"Proses itu sedang berjalan sekarang dan saya belum mendapat laporan akhir berhubung siasatan itu," katanya.

Berita berkaitan:

Pelajar meninggal dunia, ibu salahkan hospital

Lihat Komen
ADS