Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedai minta anak Rosyam Nor buka tudung dikecam
Diterbitkan:  Dec 21, 2014 8:43 PM
Dikemaskini: 12:45 PM

Pergerakan Puteri Umno mengecam tindakan sebuah kedai permainan terkemuka di ibu negara yang bersikap diskriminasi terhadap pekerja wanita bertudung.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin ( bawah ) berkata tindakan kedai permainan itu menunjukkan masih terdapat golongan berfikiran sempit terhadap mereka yang memakai tudung dan ia bertentangan dengan hak asasi seorang Muslim.

"Alasan tidak diterima bekerja sebab bertudung atau arahan membuka tudung jika ingin bekerja adalah hanya alasan dangkal yang tiada kena mengena dengan tahap pencapaian seorang pekerja," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas luahan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menerusi laman Twitter mengenai sebuah kedai permainan terkemuka yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di premis itu pada Khamis lepas.

Mas Ermieyati berkata tindakan dan pemikiran itu wajar dikikis dan menuntut kedai terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media kerana ia melibatkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS