Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Import juga ayam Belanda tak halal
Diterbitkan:  Dec 22, 2014 4:00 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Anggota parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok mempersoalkan kenapa ayam Belanda halal sahaja diimport semasa musim perayaan ketika berlaku kekurangan bekalan untuk Hari Natal.

Beliau menyelar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Mohamad Azmie Zakaria yang berkata pihaknya tidak dapat memastikan bekalan cukup untuk perayaan itu.

Ini, tambahnya, ekoran kesukaran mengimport ayam Belanda halal.

“Pertama sekali, kenapa ayam Belanda import mesti halal sedangkan terdapat pembekal terhad ayam Belanda halal?” kata Kok.

“Kedua, ekoran masalah import ayam Belanda halal, kenapa jabatan itu tidak sekurang-kurangnya membenarkan import khas ayam Belanda tidak halal untuk musim Natal kerana orang Kristian tiada isu memakan ayam Belanda tidak halal.”

Beliau berharap Azmie mempertimbangkan perkara itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS