Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah filem terkenal Datuk Rosyam Nor menerima permohonan maaf dari kedai permainan terkemuka Hamley’s yang meminta anaknya membuka tudung untuk bekerja dengan mereka.

“Saya menerima permohanan maaf mereka (Hamley’s), dan saya harap perkara ini tidak akan berulang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hamley’s dalam kenyataanya semalam memohon maaf kepada Rosyam dan seluruh umat Islam ekoran insiden tersebut.

Hamley’s turut mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjaan yang tidak mempunyai kuasa menemuduga atau mengambil pekerja, serta memberi maklumat tidak betul kepada anak Rosyam.

Rosyam yang juga seorang pelakon dan penerbit turut berkata, beliau tidak mahu memperbesarkan isu ini dan berharap lebih ramai remaja dan wanita yang bertudung diberi peluang pekerjaan.

Ditanya sama ada anaknya akan kembali memohon kerja di premis perniagaan itu, Rosyam berkata:

"Saya belum pasti sama ada anak saya mahu minta kerja di situ atau tidak, saya belum tanya dia lagi," katanya yang pernah dinobatkan pelakon lelaki terbaik pada 2003.

Lihat Komen
ADS