Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
7 peserta ekspedisi Gunung Nering hilang
Diterbitkan:  Dec 22, 2014 11:29 PM
Dikemaskini: 3:35 PM

Tujuh peserta ekspedisi - lima lelaki, dua wanita - dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Nering, di Jeli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Soleh Nasir berkata ekspedisi yang bermula pada 11 Disember lalu itu dijangka berakhir semalam (21 Disember) namun pada 19 Disember, rakan mangsa yang berada di bawah kaki gunung itu tidak dapat menghubungi mereka.

“Kemudiannya pada hari sama (19 Disember), salah seorang daripada peserta itu ada menghubungi rakannya menggunakan walkie talkie untuk memberitahu mereka berhasrat tidak meneruskan pendakian dan akan tiba di Sungai Terang di kaki gunung itu pada 21 Disember (Ahad) pukul 4 petang, namun tidak muncul,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Soleh berkata seramai dua anggotanya dan dua penduduk kampung telah dihantar untuk operasi pencarian dan pihak bomba sedang mendapatkan pasukan bantuan untuk meneruskan operasi itu.

Katanya, pihaknya juga sedang mengenal pasti identiti peserta ekspedisi itu serta alamat kediaman mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS