Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISMA bukan pilihanku, kata menteri Umno
Diterbitkan:  Dec 23, 2014 11:57 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan memberitahu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak masuk campur dengan dakwaan bahawa orang Islam tidak boleh mengucapkan Selamat Hari Natal kepada orang Kristian.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter pagi ini, anggota parlimen Umno untuk Kota Belud itu menyatakan perasaan tidak setujunya dengan kenyataan itu dan menulis beberapa tweet sinis terhadap ISMA.

“Bukan hanya ucapkan Selamat Hari Natal kepada semua, saya juga akan anjurkan sambutan lebih besar Hari Natal tahun ini di Kota Belud.

“ISMA diundang belajar tentang kesederhanaan,” tulisnya di Twitter pagi tadi.

“ISMA bukan pilihanku. Mereka tidak wakili saya dan jutaan orang Islam di Malaysia. Pentaksub agama tiada tempat dalam Malaysia yang sederhana,” tambahnya.

Seorang aktivis ISMA sebelum ini berhujah, mengucapkan Selamat Hari Natal sama seperti mengakui bahawa Allah mempunyai anak, dan umat Islam harus berdakwah walaupun di musim perayaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS