Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hudud: DAP mungkin boikot mesyuarat Pakatan
Diterbitkan:  Dec 24, 2014 1:43 PM
Dikemaskini: 11:06 AM

Keretakan dalam Pakatan Rakyat bertambah buruk apabila DAP menyatakan hasrat untuk memulaukan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang ekoran agenda hudud PAS.

“Saya tidak perlu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang sekiranya PAS terus memaksa untuk melaksanakan hudud pada Sidang Khas DUN Kelantan pada 29 Disember.

“Sekiranya Sidang Khas DUN Kelantan meneruskan untuk melaksana hudud, yang Jawatankuasa PAS Pusat pun tidak tahu menahu diadakan, saya rasa tidak ada sebab lagi untuk saya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

“(Saya) menyerahkan kepada pihak parti untuk memutuskan tindakan selanjutnya,” kata Lim turut yang turut memberi amaran bahawa Pakatan sudah hancur sekiranya usaha PAS untuk melaksanakan hudud tidak disekat pada 2011.

Beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 yang memutuskan bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Mesyuarat itu juga memutuskan bahawa PAS tidak akan meneruskan rancangan melaksanakan hudud secara unilateral tanpa konsensus parti-parti Pakatan Rakyat.

Jika tidak, “PAS akan terus mendesak pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan pandangan DAP dan PKR".

“Kerajaan Umno/BN tidak akan menjadi kerajaan minoriti dengan hanya 47% undi popular, malah ia akan mendapat semula majoriti dua pertiga yang ia hilang sewaktu PRU tahun 2008," kata Lim lagi.

Katanya lagi tindakan PAS itu mengelirukan pengundi yang memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Apa yang memeranjatkan, pemimpin PAS kini mendakwa tiada salahnya dalam tindakan itu, kata Lim.

Sidang DUN khas pada 29 Disember itu akan membincangkan isu hudud dan akan diteruskan walau dengan keadaan banjir yang bertambah buruk di negeri itu.

Lihat Komen
ADS