Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tumpu pada banjir, bukan hudud, kata DAP
Diterbitkan:  Dec 25, 2014 10:49 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Kerajaan PAS Kelantan seharusnya menumpukan pada usaha menangani banjir yang semakin buruk di negeri itu dan bukannya meneruskan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, kata Pemuda DAP.

Ketuanya, Teo Kok Seong membuat gesaan itu selepas MP DAP Gobind Singh Deo mencadangkan supaya menolak PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika ia berkeras untuk melaksanakan hudud.

"Dalam suasa bencana alam yang khususnya melanda Kelantan serta negeri-negeri di Pantai Timur, seharusnya beliau (Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan pentadbirannya lebih bertenang dan menumpukan segala usaha, masa dan keupayaan jentera yang ada untuk membantu dan mengurus keperluan, kesihatan, keselamatan dan kebajikan mangsa banjir.

"Bukanya galak bercakap tentang sesuatu yang begitu menyimpang daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telah kita sepakati," kata Teoh dalam satu kenyataan.

Teo berkata kenyataan Mohd Amar (kiri) dalam wawancara dengan Malaysiakini bahawa melaksanakan hudud adalah lebih penting daripada menawan Putrajaya mengandungi makna tersirat yang menggambarkan PAS sanggup berpatah arang dengan rakan-rakan dalam Pakatan.

Katanya, ia seolah-olah telah hilang pertimbangan waras akibat desakan segelintir kelompok yang cuba menggagalkan usaha PAS bersama rakan-rakan PKR dan DAP untuk menewaskan BN.

Menurut Teoh, sikap yang ditunjukkan oleh Amar jelas tidak matang.

"Bukan PAS atau DAP yang harus keluar dari Pakatan, tetapi mungkin beliaulah orangnya yang patut meninggalkan PAS daripada terus berada di dalam PAS sambil merosakkan hubungan baik sesama rakan-rakan parti gabungan," katanya.

Semalam, MP DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata beliau mungkin memboikot mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat ekoran rancangan hudud Kelantan.

Langkah meluluskan pindaan enakmen syariah Kelantan di sidang khas 29 Disember ini untuk membolehkan hudud dilaksanakan, menandakan berakhir Pakatan, katanya, kerana ia bermakna PAS bertindak tanpa pengetahuan rakan-rakannya.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS