Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS hubungi S'gor, PP untuk bantuan banjir
Diterbitkan:  Dec 25, 2014 1:49 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

PAS telah menghubungi rakan-rakannya dalam Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan banjir untuk Kelantan.

 

"Saya telah menghubungi Menteri Besar Selangor Azmin Ali, supaya dapat mengirimkan sumbangan tanda solidariti.

"Alhamdulillah kerajaan Selangor bersetuju, dan jumlah bantuan mungkin diumumkan dalam sehari dua lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan.

Husam, yang juga ADUN Salor, berkata beliau juga cuba menghubungi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tetapi setiausaha agung DAP itu masih berada di luar negara.

Selangor diterajui oleh PKR manakala DAP mengetuai kerajaan Pulau Pinang.

 

Banjir yang paling teruk dalam tempoh 10 tahun, menyebabkan sekurang-kurangnya 26,000 orang dipindahkan, dan mengorban tiga nyawa di di Kelantan, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Husam, yang melawat pusat pemindahan banjir Kota Darulnaim semalam berkata paras air di semua sungai utama di negeri itu telah meningkat dengan ketara.

 

Pada 11 pagi, paras air di Tualang Krai adalah pada tahap berjaga-jaga, Jenob pada paras amaran manakala Tangga Krai, Jambatan Guillemard, Tambatan Diraja mencecah paras bahaya. Paras air Sungai Pasir Putih masih di paras biasa.

Selain Kelantan, beberapa negeri lain juga telah dilanda banjir, dengan 60,000 orang kini berada di pusat pemindahan.

Negeri-negeri lain yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.

Lihat Komen
ADS