Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada perhimpunan di depan rumah LGE
Diterbitkan:  Dec 25, 2014 7:25 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Sekumpulan individu yang merancang untuk berhimpun di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi mendesaknya memohon maaf berhubung isu kalimah Allah hari ini tidak muncul.

    

Tinjauan mendapati lebih 20 anggota polis termasuk dari Unit Tindakan Ringan mengawal ketat laluan keluar dan masuk ke rumah ketua menteri itu yang terletak di Jalan Pinhorn, di George Town.

    

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya mendapati tiada pergerakan kumpulan mencurigakan dikesan termasuk di sekitar luar kawasan berkenaan.

    

"Setakat ini suasana aman dan kelibat kumpulan berkenaan tidak kelihatan," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

    

Awal hari ini Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A. Thaiveegan berkata kain rentang bertulis, 'Perhimpunan Desak Lim Guan Eng mohon maaf atas penggunaan Kalimah Allah' mula digantung di beberapa tempat awam sejak semalam.

    

Thaiveegan berkata setakat ini tiada laporan rasmi diterima, bagaimanapun polis telah mengenal pasti penganjur dan menasihati orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu.

    

Sebelum ini, desas-desus mengatakan kumpulan terbabit yang berpakaian hitam akan berkumpul di hadapan rumah Lim selepas solat Zohor hari ini.

    

Lim, seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat (12 Disember), memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

    

Ketua menteri itu dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS