Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat bayi ditemui dalam tandas
Diterbitkan:  Dec 26, 2014 7:44 AM
Dikemaskini: 11:46 PM

Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tandas sebuah pusat beli-belah di Jalan Kepong di ibunegara semalam.

   

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh tukang cuci yang bertugas membersihkan tandas wanita tingkat bawah Kompleks Brem Mall, pukul 3.15 petang tadi.

   

"Siasatan awal mendapati mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira 36 jam lepas dan disorokkan dalam sebuah beg kanvas yang ditinggalkan dalam

tandas bahagian belakang.

   

"Ia kemudian dipercayai ditemui pencuci berkenaan setelah mengesan bau yang mencurigakan daripada beg berkenaan dan kemudian menghubungi pengawal keselamatan untuk membukanya," katanya dalam satu kenyataan.

   

Beliau berkata mayat tersebut di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS