Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua lelaki mati lemas di Pengkalan Chepa
Diterbitkan:  Dec 26, 2014 7:49 AM
Dikemaskini: 11:51 PM

Dua lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Raja berhampiran Kampung Dusun Raja, Pengkalan Chepa semalam, menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Muhammad Anwaruddin Rosdin, 24, dan sepupunya Adlizil Ikram Abd Rahim, 25, sedang mandi di sungai itu apabila Muhammad Anwaruddin dihanyutkan arus deras.

Sepupunya itu cuba menyelamatkannya dan menyebabkan kedua-duanya hilang dibawa arus deras, kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa.

"Mayat kedua-duanya telah dijumpai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS