Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis rumah terbuka Krismas dibatalkan
Diterbitkan:  Dec 26, 2014 8:38 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Majlis rumah terbuka Malaysia Krismas 2014 yang dijadualkan berlangsung esok di halaman luar Pavilion Kuala Lumpur, dibatalkan untuk menghormati mangsa banjir di seluruh negara khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam satu kenyataan hari ini berkata tapak majlis rumah terbuka itu akan digunakan untuk menganjurkan Majlis Amal Bantuan Bencana Banjir 1Ministry of Tourism and Culture (1MOTAC) mulai pukul 12 tengah hari sehingga 10 malam, esok.

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk menyokong majlis amal berkenaan selain mendoakan keselamatan mangsa-mangsa banjir dan pemulihan kawasan yang terbabit menerusi sumbangan, derma dan bantuan dari segi kewangan, pakaian atau makanan pada majlis amal tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS