Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sumbangan kemanusiaan untuk mangsa banjir
Diterbitkan:  Dec 27, 2014 10:40 AM
Dikemaskini: Jan 2, 2015 4:36 AM

Selain tindakan anggota keselamatan dan Majlis Keselamatan Negara, kumpulan NGO dan badan berkanun juga bertungkus lumus menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang kini melibatkan lapan negeri di semenanjung.

Berikut adalah operasi yang digerakkan serta maklumat penting berkaitan.

Maklumat tabung dan bentuk bantuan yang ditawarkan boleh disalurkan kepada [email protected] dan [email protected] untuk hebahan.

- Sumbangan melalui Yayasan Darul Hijrah . Akaun Maybank nombor 5660 1060 9934.

Yayasan meminta sumbangan dimaklumkan melalui emel ke [email protected] atau 019-9877623 Hazmi untuk tujuan audit/rekod.

- Pemuda Umno lancar Tabung Bantuan Banjir. Sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB Pemuda Umno Malaysia nombor 14200004057058 atau cek atas nama Pemuda Umno Malaysia.

- DAP lancar Tabung Dana Kecemasan. Nombor akaun Ambank: 8881002244649 menerima sumbangan terus daripada orang ramai.

- Tabung Malaysian Red Crescent Society : Sumbangan ke akaun Maybank nombor 5144 2210 7228. Sumbangan atas nama Malaysian Red Crescent Society dan ditanda “East Coast Flood Relief Fund” di bahagian belakang cek atau bank deraf dan dihantarkan kepada:

Malaysian Red Crescent Society,

Lot PT 54, Lengkok Belfield,

Off Jalan Wisma Putra,

50460 Kuala Lumpur

Tel. No. 03-21438122/21428122

Fax No. 03-21435122

Setiausaha eksekutif: Nor Aziah Budin, tel: 03 2144 9227/ [email protected]

Pengurus kewangan: Siti Shamsinar Mustapha, tel: 03-21448122/ [email protected]

- PSM Kelantan rayu nelayan memasuki kawasan kritikal terutama Kota Bharu dan Pasir Mas, bagi memindahkan mangsa yang terperangkap.

Bot nelayan boleh masuk ke kawasan banjir melalui muara Sungai Kelantan dan Sungai Golok. Hubungi En Azhar 0199150795.

- Sumbangan barang keperluan boleh disalurkan ke pejabat National Council of Women's Organisations Malaysia pada hari Isnin, 29 Disember jam 10.30 pagi

Alamat: 46 jalan 14/29 Petaling Jaya

Barangan yang diperlukan: Tuala, makanan dan susu dalam tin, susu, biskut, lampin dan tuala wanita. Hubungi Omna: 012 207 7947.

- Misi Kemanusiaan Masjid Al-Khairiyah , Taman Seri Gombak: Sumbangan ke akaun Maybank nombor: 5647 9910 1428.

Sumbangan diperlukan berupa beras, gula, sardin, minyak masak, milo, teh dan barang keperluan dapur. Barangan lain termasuk pampers, tuala wanita dan ubat-ubatan.

Maklumat lanjut:

Haji Ahmad: 019 3889840

Ustaz Sham: 012 3663059

Pejabat: 03 61855033

- Tabung Mangsa Banjir Kuantan : Sumbangan ke akaun Maybank Pejabat ADUN Semambu di nombor: 5061 6420 6440.

Barang diperlukan termasuklah beras (5kg), minyak masak, milo, susu pekat, garam, gula, biskut tin, tuala, pampers, susu bayi, tuala wanita, baldi, toto, mop, berus dan ubat gigi, syampu, sabun dan selimut.

Hubungi nombor : 010-9020925.

- Pusat pungutan barang 1M4U untuk mangsa banjir. Barangan diperlukan seperti air mineral, beras, biskut, kopi, minyak masak, ikan sardin, selimut dan tuala.

Alamat pusat mengumpul sumbangan:

Pusat Simulasi Kompleks Sukan Bukit Kiara

Lot 3959, Jalan 1/70D,

Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

 (Dibuka 24 jam)

2. Founder's Lab

45-2A, Lorong Ara Kiri 1,

Kompleks Lucky Gardens,

Bangsar, Kuala Lumpur.

(9am-5pm)

- Kumpulan Perbankan RHB Bank tawar penangguhan bayaran ansuran bulanan dan lanjutan tempoh pembayaran balik pembiayaan peribadi, pembiayaan auto dan pinjaman mudah. Hubungi pusat panggilan di 03-92068118 atau kunjungi cawangan bank.

- Agrobank tawar penangguhan bayaran bayaran ansuran bulanan sehingga 12 bulan. Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian  1 300 88 2476 atau pegawai-pegawai di cawangan berdekatan.

- Firefly Airlines sediakan penerbangan menyelamat dan bantuan dari dan ke Kota Bharu serta Kuala Terengganu sebagai sumbangannya untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir.

- AirAsia lancar Kempen Bantuan Banjir Pantai Timur berupa perkhidmatan membawa barang dan pekerja bantuan secara percuma ke Kota Bharu dan Terengganu serta mengadakan usaha mengumpul derma bagi kerja pemulihan selepas banjir.

- Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia hantar pasukan sokongan sukarela untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

- Pusat Operasi Bencana (POB) Perak memerlukan petugas bagi kerja pemindahan mangsa banjir, pengagihan makanan, penyediaan "Dapur Rakyat" dan mencuci rumah.

Boleh hubungi:

Amran Harun (Pengarah) : 017 2873253

Tn Arif Shaarani (Timb Pengarah 1) : 013 4213636

Rizuan Md Zaki (Timb Pengarah 2): 019 5900098

Zakril Emri (Pegawai Bilik Operasi Bencana - 24jam): 019 4205920

- East Coast Flood Relief Drop Off terima sumbangan bermula 27 hingga 28 Disember. Hantarkan barangan keperluan mangsa banjir seperti selimut, kain sarung, pampers, susu bayi dan makanan kering.

Alamat:

Golden Valley / Harley's Malaysia

1 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail,

60000 Kuala Lumpur

Dengan kerjasama:

FreeMarket :

Hayati 019 3185667

Sarah 016 2254668

Hafiz 016 2254669

Syria Care:

CIMB Islamic nombor akaun: 8601 8945 60

RHB Islamic nombor akaun: 2622 5000 0217 75

Maklumkan sumbangan ke nombor 011-37030900

- Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM)

No akaun Maybank: 5628 3462 3415

email: [email protected]

- BERSIH lancarkan Kelantan flood relief. Hantarkan barangan keperluan ke alamat:

Dato Boestaman, Penthouse,

Bangunan OPA, Saujana Resort,

Seksyen U2, 40150 Shah Alam.

Tel: 03-78463110.

- Misi bantuan banjir NGO R Kelantan :  Sumbangan ke akaun Bank Islam (BIMB) "Pertubuhan R Kelantan". No akaun: 0312 0010 0003 18

Tel: Puja (Pengurus R): 010-422 4274 / 014-529 5337.

- Kelab Bangsar Utama buat kutipan bagi mangsa banjir. Sumbangan diperlukan berupa pakaian, selimut, makanan, ubat-ubatan. Hantar sumbangan ke alamat:

Kelab Bangsar Utama,

52C, Jalan Kemuja, Bangsar,

Kuala Lumpur.

Tel: 012-6648873

Akaun Dapur Jalanan CIMB: 8001-7278-49

- I-Medik mengalu-alukan sumbangan bantuan kecemasan mangsa banjir. Sumbangan wang tunai boleh dibuat ke akaun Maybank Islamic atas nama I-MEDIK, nombor akaun: 5628 3463 5104.

Sumbangan barangan boleh menghubungi:

Dr Wan Muhd Riduan (Kelantan) : 011-15660995

Dr Nor Ruzaini (Terengganu): 013-2090696

Dr Mohd Nor Sundari (Pahang): 012-3833678

- Tabung bantuan bencana MERCY Malaysia . Anda boleh salurkan sumbangan melalui:

1- Akaun Maybank "MERCY HUMANITARIAN FUND".

No akaun: 5621 7950 4126

Swift code: MBBEMYKL

2- Akaun CIMB Bank "MERCY Malaysia"

No akaun: 8000 7929 08

Swift code: CIBBMYKL

3- Akaun RHB "Malaysian Medical Relief Society"

No akaun: 212273 0000 9257

Swift code: RHBBMYKL

- Skuad Prihatin PKPIM-ABIM beroperasi 24 jam di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang Gombak KL dan ADAB Youth Garage, Bangi. Menerima dan menyalur bantuan makanan kering, kit kebersihan, selimut, bateri, telekung, kain bidang.

Sumbangan melalui akaun Maybank Angkatan Belia Islam Malaysia (Nombor akaun: 5642-2161-0116). Hotline 019-293-6300.

 

Lihat Komen
ADS