Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib tiba di Kota Bharu
Diterbitkan:  Dec 27, 2014 12:50 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikuti taklimat Majlis mengenai bencana bancir sebaik tiba di Kota Bharu petang ini.

Taklimat berkenaan turut disertai pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Laporan media petang ini menyebut, Najib turut meninjau kawasan yang teruk terjejas di Tumpat dan Pasir Mas dengan menaiki helikopter.

Najib menuju bandar yang dilandar banjir itu selepas memendekkan percutiannya di Amerika Syarikat termasuk permainan golf dengan Presiden, Barack Obama di Hawaii.

Perdana menteri menerima kritikan meluas kerana bercuti ketika negara dilanda banjir yang menyebabkan lebih 132,000 orang hilang tempat tinggal.

Percutiannya itu turut mendapat liputan media Amerika Syarikat termasuk Washington Post dan New York Times .

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.

Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.

Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka minum.  

Najib juga dijadual melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa dan PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Chempaka.

Terdahulu, perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 1.40 tengah hari.

Beliau kemudian terus mendengar taklimat khas yang disampaikan pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pihak Majlis Keselamatan Negara di lapangan terbang itu.

Perdana Menteri diberi taklimat berhubung operasi membantu mangsa-mangsa banjir termasuk bekalan makanan, keadaan cuaca bagi waktu yang terdekat, serta trend aliran air sungai-sungai utama di negeri ini.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS