Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jabatan Meteorologi nafi mesej tsunami Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan penyebaran mesej yang kononnya kejadian tsunami dan ribut akan melanda pantai timur Sabah dalam masa 36 jam.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi, jabatan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan dari MetMalaysia.

Untuk pengesahan maklumat, orang ramai diminta merujuk laman sesawang MetMalaysia http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau Facebook https:/facebook.com/malaysiamet atau Twitter https://twitter.com/malaysiamet atau MetMalaysia Hotline di talian 1300221MET (1638).

Sementara itu, jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor yang dijangka berterusan sehingga Isnin.

Angin kencang Timur Laut itu berkelajuan 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan.

Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang juga terdedah kepada kenaikan paras air laut sehingga Isnin.

- Bernama

Lihat Komen
ADS