Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin: Bantuan belum cukup di Kelantan
Diterbitkan:  Dec 28, 2014 4:00 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, bantuan terhadap kerajaan Kelantan bagi menangani masalah banjir besar masih belum cukup.

“Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira faham politik, organisasi serta setiap individu supaya meningkatkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat,” kata Azmin.

Azmin dalam lawatannya ke Kelantan turut meninjau  eberapa pusat pemindahan banjir dan kawasan yang kritikal termasuk Bandar Kota Bharu, Demit, Bunut Payung, Salor dan Guchil.

Beliau turut menyeru agar NGO dan dan syarikat berkaitan kerajaan meningkatkan jumlah relawan yang bertugas serta melakukan kerja pembersihan kawasan kediaman mangsa banjir.

“Atas nama kemanusiaan, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada setiap individu, organisasi dan NGO yang telah menghulurkan bantuan seperti bekalan makanan dan keperluan serta kerja-kerja menyelamat dan pemindahan mangsa banjir.

“Dalam situasi yang getir ini, kita pastinya memerlukan solidariti kemanusiaan dari seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan segera membuka bilik operasi banjir bagi memperoleh dan meneliti maklumat terkini, termasuk kemungkinan banjir merebak negeri lain, termasuk Selangor.

Lihat Komen
ADS