Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saksi nampak pesawat diminta buat laporan
Diterbitkan:  Dec 28, 2014 11:13 PM
Dikemaskini: 3:15 PM

Polis Kuching meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai satu entri Facebook berhubung dakwaan terlihat sebuah kapal terbang AirAsia terbang rendah di sekitar Kampung Buntal di Kuching supaya tampil membuat laporan.

    

"Berita berkenaan terdapat sebuah kapal terbang melalui ruang angkasa Kuching yang terbang rendah masih samar-samar. Polis masih menunggu laporan daripada saksi-saksi," kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.

Beliau menghantar pesanan itu menerusi khidmat Whatsapp kepada media susulan muncul satu entri Facebook tengah hari ini yang mendakwa terlihat pesawat berkenaan.

    

Sementara itu usaha Bernama mendapatkan maklumat mengenai satu-satunya warga Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang pagi ini, gagal.

    

Kunjungan ke sebuah rumah yang dikatakan kediaman penumpang berkenaan di Taman BDC di Kuching mendapati rumah itu berkunci dan panggilan tidak berjawab walaupun lampu rumah terpasang.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS