Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS gesa lebih ramai relawan banjir tampil
Diterbitkan:  Dec 29, 2014 2:25 PM
Dikemaskini: 6:28 AM

PAS menggesa lebih ramai sukarelawan tampil membantu mangsa banjir di seluruh Malaysia, khususnya selepas bencana alam itu berlalu.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, pihaknya melalui unit dinamakan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM) akan membantu pembersihan dan baik pulih kediaman terjejas.

“Kita mahu menyelaras tenaga kerja (relawan) dan jentera parti ke lokasi yang kita (akan) tentukan untuk berkhidmat.

“Kami memerlukan peralatan seperti pertukangan dan penyembur air, bagi kerja pembersihan dan baik pulih,” katanya yang juga pengerusi MDEM.

Salahuddin berkata pendaftaran untuk menjadi relawan boleh dibuat melalui Facebook , Twitter atau terus menghubungi talian telefon MEDM yang disebarkan sebelum ini.

Lihat Komen
ADS