Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: Cuti KSU, ketua perkhidmatan dibatalkan
Diterbitkan:  Dec 29, 2014 3:47 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membuat keputusan membatalkan kelulusan cuti rehat untuk semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta.
 
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Setiausaha Negara hari ini, keputusan itu dibuat selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet kembali bertugas segera bagi membantu pengurusan krisis banjir.
 
"Ketua Setiausaha Negara telah membuat keputusan supaya kelulusan cuti rehat untuk semua ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan adalah dibatalkan berkuat kuasa serta-merta," kata kenyataan itu.
 
Semalam, Najib mengarahkan semua menteri yang berada di luar negara pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir.
 
Bencana banjir yang bermula pertengahan bulan ini telah menjejaskan lapan negeri khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan lebih 200,000 penduduk dipindahkan.
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS